• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • www.tips-fb.com Nur Hannah Safiya binti Ahmad Khalil

    Tuesday, April 08, 2014


    Sudah lama tidak bercerita diblog ini. Sejak Hannah dilahirkan, blog ini umpama ditinggalkan begitu saja. Bukan tidak ingin berkongsi cerita mengenai Hannah, tapi sungguh, sejak mempunyai dua anak yang sama-sama memerlukan perhatian, banyak perkara hanya ditolak ketepi. Children come first, as always (and husband second? hahaha.. actually all of them are equally important, tapi daddy kan dah besar, pandai2 jaga diri yer)

    Nur Hannah Safiya kini bakal mencecah usia 6bulan. Dia dilahirkan secara normal pada 17/10/2013 pada pukul 3.30ptg dengan berat 3.13kg dan panjang 48cm. Proses kelahirannya berjalan lancar tanpa sebarang komplikasi. Setelah diinduce, dan doktor pecahkan air ketuban, Hannah lahir dengan suara tangisan nyaring yang sangat merdu. Aku hanya mampu bersama dengannya seketika sahaja sebab terpaksa disorong ke OT berikutan uri terlekat dan Hannah pula ditolak terus ke NICU.

    Sebulan lebih Hannah berada di NICU dan aku pula didiscaj dari hospital setelah 2 hari bermalam disana. Bermulalah episod ulang-alik ke hospital untuk melawat Hannah dan menghantar bekalan susu ibu. Hari demi hari, sebak hati melihat Hannah yg lahirnya tembam tapi makin hari makin susut badannya. Masa tu sukar nak memangku Hannah disebabkan Hannah attached kepada mesin oksigen dan beberapa peralatan yang memantau tekanan darah dan jantung hannah.

    Pada 28/11/2013, akhirnya panggilan yang ditunggu tiba. Doktor menelefon ke rumah menyatakan Hannah sudah boleh pulang. Alhamdulillah, lega rasanya. Walaupun beberapa kali Hannah terpaksa tinggal diwad berikutan jangkitan pada darah, akhirnya doktor benarkan juga Hannah pulang.Berat Hannah ketika discaj hanyalah 2.45kg. Sangat halus dan fragile.

    Banyak temujanji dan rawatan susulan yang perlu Hannah hadapi dan Hannah terpaksa memakan 9jenis ubat setiap hari, tapi Hannah nampak sihat dan belum pernah jatuh sakit lagi. Keputusan bloodtest, TFT test selalunya okay. Kini kami sedang menunggu untuk dapatkan tarikh bagi pembedahan jantung Hannah. Menurut doktor seeloknya Hannah dibedah seusia 6bulan, tapi itu juga bergantung pada kondisi serta berat badan Hannah.

    Nur Hannah Safiya, 5bulan dengan berat 3.26kg, sudah pandai tersenyum, sangat manja denganku, suara halusnya sangat comel bila membebel dan aku sangat bahagia dengan kehadirannya. Apa yang sangat menyentuh hati, bila melihat kasih Zulaikha terhadap Hannah. Walaupun Zulaikha baru hendak mencecah usia 2 tahun, tapi boleh nampak kasih sayangnya pada Hannah. Zulaikha akan mengelap lelehan susu dimulut Hannah ketika menyusu, sentiasa mencium Hannah, suka Hannah menggenggam jarinya, jika Hannah dipegang oleh orang lain termasuk disesi terapi, Zulaikha lah yang kecoh suruh Hannah diletakkan ke bawah, dan dialah yang bising kalau Hannah menangis-nangis.

    Ya Allah, semoga kasih sayang kedua anak ini terus utuh sampai bila-bila kerana nanti bila aku tiada, mereka hanya ada sesama mereka untuk menjaga diri sendiri.