• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • www.tips-fb.com Panduan Pemakanan Bayi Mengikut Usia

    Thursday, November 08, 2012



    Pertumbuhan bagi setiap bayi adalah berbeza semenjak mereka dalam kandungan lagi. Tapi kita boleh menggunakan panduan am bagi menjangkakan apa yang mereka perlukan bagi setiap peringkat. Ini termasuk juga dalam hal pemakanan.

    Pengenalan makanan pada bayi bagaimanapun tidak semestinya mengikut turutan yang dicadangkan. Jika anda ingin memberikan tofu pada usia bayi anda 6 bulan, silakan, walaupun tofu hanya disenaraikan untuk pemakanan bayi berusia 8 bulan.

    Dahulu, ia dianggap amat penting untuk menangguhkan dulu pemberian makanan yang boleh menyebabkan alergi seperti telur, ikan dan kekacang sehinggalah bayi berusia 1 hingga 3 tahun, namun pakar kini percaya bahawa menangguhkan atau melewatkan pengenalan makanan ini, tidak akan mencegah alergi makanan.

    Bagaimanapun, pakar peadiatrik masih lagi mencadangkan agar menunggu masa yang sesuai untuk memperkenalkan makanan ini (iaitu pada usia 1-3tahun), terutama bagi bayi yang menghidapi ekzema atau yang mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai alergi. Penting untuk mendapatkan dahulu nasihat doktor bayi anda sebelum memperkenalkan apa jua makanan baru kepada bayi anda.

    Secara amnya, anda boleh merujuk kepada panduan pemakanan dibawah, untuk setiap peringkat bayi, dari lahir hinggalah ke usia 12 bulan.


    Usia: Baru Lahir - 4 Bulan

    Perlakuan Pemakanan
    • Tindakbalas hisapan membantu bayi anda mencari puting susu untuk medapatkan nutrisi
    Pemakanan
    • Susu ibu atau susu formula SHJ (susu ibu adalah makanan yang terbaik untuk bayi anda)
    Berapa kali sehari
    • Mengikut kehendak bayi anda. Bayi kecil akan menyusu secara kerap terutama bayi yang menyusu susu ibu kerana susu ibu mudah hadam berbanding susu formula.
    Tip Pemakanan
    • Organ penghadaman dan pemprosesan makanan bayi anda masih belum matang/ berkembang sepenuhnya. Jadi makanan pejal/ makanan tambahan tidak boleh diberikan sama sekali.






    Usia: 4 - 6 Bulan

    Secara amnya, makanan pejal seeloknya diperkenalkan semasa bayi berusia 6 bulan ke atas. Namun disebabkan setiap bayi mempunyai perkembangan yang berlainan, kita boleh memerhatikan beberapa tanda yang menunjukkan mereka sudah bersedia menerima makanan.

    Tanda-tanda kesediaan menerima makanan pejal/ separa pejal
    Bayi anda mungkin tidak menunjukkan kesemua tanda-tanda ini- ini cuma panduan bagi tanda-tanda yang boleh anda perhatikan:
    • Boleh memanggu kepala dengan baik
    • Mampu duduk di atas kerusi bayi dengan selesa (highchair)
    • Menunjukkan pergerakan seperti mengunyah makanan
    • Berat badan bayi telah meningkat dua kali ganda dari berat semasa lahir
    • Menunjukkan minat terhadap makanan
    • Mulut boleh mencangkupi sudu sepenuhnya
    • Mampu menggerakkan makanan dari depan ke bahagian belakang mulut
    • Mampu menggerakkan lidah kebelakang dan kehadapan, tanpa menolak makanan keluar daripada mulut (tongue thrust reflexs)
    • Masih kelihatan lapar walaupun selepas 8-10 sessi penyusuan susu ibu ataupun selepas minum 40 oz susu formula sehari.
    • Mulai tumbuh gigi
    Pemakanan
    • Susu ibu/ formula, TERMASUK
    • Makanan yang dipuri (cthnya: kentang, labu, epal, pisang, pir) atau bijirin separa cair yang diperkayakan dengan zat besi
    Berapa kali sehari
    • Mulakan dengan 1 sudu teh makanan puri atau bijirin. Campurkan dengan 4-5 sudu teh susu ibu / susu formula (biarkan ia cair).
    • Kemudian tingkatkan kepada 1 sudu besar makanan puri atau bijirin, dicampur dengan susu ibu /formula, dua kali sehari. Jika anda memberikan bayi anda bijirin, secara berkala, tingkatkan kepekatan bijirin dengan mengurangkan air/ susu ibu sedikit demi sedikit.
    Tip Pemakanan
    • Jika bayi anda enggan makan bijirin pada cubaan pertama, cuba semula dalam beberapa hari.






    Usia: 6 - 8 Bulan

    Tanda-tanda kesediaan menerima makanan pejal/ separa pejal
    • Sama seperti usia 4-6 bulan
    Pemakanan
    • Susu ibu/ formula, TERMASUK
    • Bijirin diperkaya dengan zat besi (beras, barli, oat)
    • Puri buah-buahan (pisang, pir, epal, pic)
    • Puri sayur-sayuran (avocado, karot yang dimasak, kentang)
    • Puri daging (ayam, daging lembu)
    • Puri tofu
    • Puri kekacang (kacang hitam, kacang hijau, peas)
    Berapa kali sehari
    • 3 - 9 sudu besar bijirin, 2-3 hidangan
    • 1 sudu teh buah-buahan, ditambah secara sedikit demi sedikit kepada 1/4 kepada 1/2 cawan dalam 2 -3 hidangan
    • 1 sudu teh sayur-sayuran, ditambahkan sedikit demi sedikit kepada 1/4 kepada 1/2 cawan dalam 2-3 hidangan
    Tip Pemakanan
    • Perkenalkan satu jenis makanan pada satu masa, dalam masa 4 hari berturut-turut (4days rules) untuk memastikan bayi anda tidak alergi pada makanan tersebut.






    Usia: 8 - 10 Bulan

    Tanda-tanda kesediaan menerima makanan pejal dan makanan jejari(finger food)
    • Sama seperti usia 6-8 bulan, TERMASUK
    • Mengambil makanan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk (pincer grasp)
    • Boleh memindahkan makanan dari satu tangan kanan ke tangan kiri dan sebaliknya
    • Meletakkan semua benda ke dalam mulut
    • Menggerakkan rahang dengan gerakan mengunyah
    Pemakanan
    • Susu ibu atau formula, TERMASUK
    • Sedikit keju atau yogurt yang telah dipasteur (jangan diberi susu lembu segar sehingga berusia 1 tahun)
    • Bijirin diperkaya dengan zat besi (beras, barli, gandum, oat, bijirin campuran)
    • Buah-buahan atau sayur-sayuran yang dilenyek (pisang, pic, pir, avocado, kentang)
    • Makanan jejari (Finger foods) (spiral pasta yang dimasak, potongan kecil pisang, biskut teething, roti yang dibakar)
    • Sedikit makanan berprotein (telur, puri daging atau ayam, ikan tanpa tulang, tofu, kekacang yang dimasak)

    Berapa kali sehari
    • 1/4 - 1/3 cawan tenusu (atau 1/2 oz. keju)
    • 1/4 - 1/2 cawan bijirin diperkaya dengan zat besi
    • 1/4 - 1/2 cawan buah-buahan
    • 1/4 - 1/2 cawan sayur-sayuran
    • 1/8 - 1/4 cawan makanan berprotein

    Tip Pemakanan
    • Hanya memperkenalkan satu jenis makanan pada satu masa mengikut 4-day-rules bagi memastikan bayi anda tidak mengalami alahan terhadap makanan tersebut.








    Usia: 10 - 12 Bulan

    Tanda-tanda kesediaan menerima makanan pejal dan makanan jejari(finger food)
    • Sama seperti usia 8-10 bulan, TERMASUK
    • Menelan makanan dengan lebih baik
    • Mempunyai lebih banyak gigi
    • Tidak lagi menolak makanan menggunakan lidah
    • Cuba sendiri untuk menggunakan sudu
    Pemakanan
    • Susu ibu atau formula, TERMASUK
    • Keju atau yogurt yang telah dipasteur (jangan diberi susu lembu segar sehingga berusia 1 tahun)
    • Bijirin diperkaya dengan zat besi (beras, barli, gandum, oat, bijirin campuran)
    • Buah-buahan yang dipotong, atau dilenyek
    • Sayur-sayuran dipotong mengikut saiz gigitan bayi (kacang pea, karot)
    • Makanan campuran (makaroni dan keju)
    • Makanan berprotein (telur, puri daging atau ayam, ikan tanpa tulang, tofu, kekacang yang dimasak)
    • Makanan jejari (Finger foods) (spiral pasta yang dimasak, potongan kecil pisang, biskut teething, roti yang dibakar)
    Berapa kali sehari
    • 1/3 cawan tenusu (atau 1/2 oz. keju)
    • 1/4 - 1/2 cawan bijirin diperkaya dengan zat besi
    • 1/4 - 1/2 cawan buah-buahan
    • 1/4 - 1/2 cawan sayur-sayuran
    • 1/8 - 1/4 cawan makanan campuran/ kombo
    • 1/8 - 1/4 cawan makanan berprotein
    Tip Pemakanan
    • Hanya memperkenalkan satu jenis makanan pada satu masa mengikut 4-day-rules bagi memastikan bayi anda tidak mengalami alahan terhadap makanan tersebut.

    Sumber/ditranslasi daripada BabyCenter.COM

    0 comments: