• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • www.tips-fb.com Unbroken - Stan Walker

    Friday, November 09, 2012

    Dedicated to my beloved husband.

    What I am before and what I am now... you changed me for the best...



    I don't know what this is
    But I can tell it's something that I can't miss
    It's like your showing me where happiness lives
    And all I have the strength to do is turn to you
    With every empty space
    I'm missing pieces only you can replace
    I'm like a package saying please don't break
    The contents are fragile, so I'm glad your here to stay

    I can promise you that this heart
    Was brighter than a falling star
    And all the money that I could take
    Now theres nothing more I can break

    You picked up my pieces and put me together
    There's no way you'd ever know
    That my heart was breaking
    Cause you came and threw me a line
    I was falling apart but now I'm falling forever
    For someone who wont let go
    My love's a token
    Because of you I'm unbroken
    Now every piece of my heart is falling back into place

    Time stops
    When I'm with you I count the seconds I got
    Cause every minute I was something I'm not
    You give them back to me
    It's like history, don't mean a thing
    When I'm trying run away I can't hide
    I'm in the dark and all I see is your light
    And your shining brighter than anything I've ever seen

    And I can promise you this heart
    Will be a falling star
    Cause you know what it means

    You picked up my pieces and put me together
    There's no way you'd ever know
    That my heart was breaking
    Cause you came and threw me a line
    I was falling apart but now I'm falling forever
    For someone who wont let go
    My love's a token
    Because of you I'm unbroken
    Now every piece of my heart is falling back into place

    I just woke up from a dream when I was in one piece
    No fragment of me had ever seen these streets
    Love held me together and it never let me go

    I just woke up from a dream when I was in one piece
    No fragment of me had ever seen these streets
    Love held me together and it never let me go
    There's nothing left for me to break

    You picked up my pieces and put me together
    There's no way you'd ever know
    That my heart was breaking
    Cause you came and threw me a line
    I was falling apart but now I'm falling forever
    For someone who wont let go
    My love's a token
    Because of you I'm unbroken
    Now every piece of my heart is falling back into place

    www.tips-fb.com N.I.P & R.E.S.P.E.C.T



    Kecoh..kecoh... semuanya pasal blog yang agak diskriminasi apabila dia menolak secara terus perlakuan ibu-ibu yang menyusukan bayi di tempat awam. Jijik katanya. Jelek katanya. Menyusukan bayi satu perkara yang jelik...jijik... ?

    Saya secara amnya, menolak sama sekali perbuatan men-generalize- kan seseorang atau sesuatu perbuatan. Letak contoh paling mudah dan paling hampir dengan jantina si penulis. MEROKOK.

    Adakah saya merokok? Tidak
    Adakah saya benci asap rokok? Ya
    Adakah saya benci SEMUA orang yang merokok? Tidak

    Seperti menyusukan bayi di tempat awam, merokok di tempat awam juga boleh dikategorikan sebagai sesuatu yang menjelikkan bagi sesetengah orang. Kenapa? Sebab saya benci bau asap rokok, sebab si perokok kadang-kala tidak mempedulikan persekitarannya samada di kalangan ibu mengandung atau ada bayi atau kanak-kanak berhampiran, sebab si perokok sesuka hati membuang puntung rokok di merata-rata, sebab si perokok kadang-kala memandu kereta dalam keadaan yang cuai gara-gara sedang menghisap rokok di dalam kereta (dengan tingkap yang terbuka ya). Nampak sangat bau asap yang disedut dari hidung sangat tak best kan berbanding yang disedut daripada mulut.

    Tapi adakah semua ini menyebabkan saya benci semua PEROKOK? Tidak. Sebab saya ada kawan yang merokok dan bila dia mahu merokok dia akan bertanya dahulu samada saya selesa atau tidak jika dia merokok. Ada yang peka pada persekitaran dan mencari kawasan untuk menghisap rokok, jauh dari ibu mengandung, bayi atau kanak-kanak, golongan yang berisiko tinggi untuk terjejas disebabkan asap rokok. Second hand smoker.

    Sama seperti perbuatan menyusukan bayi. Diakui ada sesetengah orang kurang sedar yang perbuatan menyusukan bayi menampakkan kawasan sensitif mereka, menampakkan perut, meng-expose payudara. Tetapi tanya balik diri, berapa kali sangat kita nampak perkara macam nie? Bagaimana pemakaian si pelaku? Adakah dia melakukannya secara sengaja atau tidak sengaja? Jangan kerana segelintir para ibu yang mengambil mudah perkara ini, terus nak banned para ibu lain hak nak menyusukan anak mereka ditempat awam. Kena fahami, ibu-ibu ini menghabiskan duit yang kadang-kala bukan sedikit membeli peralatan yang membolehkan mereka menyusukan bayi mereka di mana-mana dengan selesa (seperti nursing cover, poncho, baju menyusu), dalam keadaan aurat masih terjaga. Bukan semua terdiri dari gaji yang beribu-ribu setiap bulan, tapi demi membolehkan bayi menyusu dengan selesa, dilaburkan duit itu untuk memastikan walau dalam apa keadaan jua pun, bayi masih boleh memperoleh susu ibu sepenuhnya, dengan selesa.

    Para ibu bukan hamba atau amah. Mereka juga ada kehidupan dan keinginan. Mahu keluar berjalan-jalan. Jangan jadikan kehidupan mereka suatu stress semata-mata kerana mentaliti menolak sesuatu yang fitrah seperti penyusuan ibu jika mereka sudah sedaya-upaya memastikan ia dilakukan tanpa melanggar batasan Islam.

    Kenapa tak guna botol susu saja kalau begitu? Bertuahlah bagi para ibu yang dikurniakan Allah susu yang melimpah ruah yang boleh dibuat stok yang lebih dari mencukupi. Tapi tak semua bernasib baik, ada yang pam hari nie, cukup2 untuk digunakan esoknya, atau kadang-kala tak cukup pun, mana nak cari stok untuk bawa semasa berjalan2 pula. Kalaulah para ibu lain atau para bapa lain yang memahami effort ibu-ibu ini dalam memastikan anak mereka mendapat yang terbaik iaitu susu ibu, tentu mengalir air mata. Berjaga malam untuk buat power pumping, dengan menyusukan anak secara direct lagi, esoknya kerja, dalam waktu kerja kena mengepam lagi... hari2 kerjanya mengepam saje siang malam..sedangkan kerja masih seperti biasa, penat tetap ada, ada jugak stress dari tempat kerja. Ada yang terpaksa memberikan susu formula akhirnya, namun ramai yang tak pernah putus asa, terus berusaha memastikan anak mereka hanya minum susu ibu. Perjuangan ini bukan mudah. Hanya ibu2 yang menyusukan sahaja yang memahami. Kalau ada para suami yang peka pada kesusahan dan usaha isteri ini, pasti mereka juga dengan mudah dapat memahaminya juga.

    Apa pun pandangan kita, saya rasa yang paling penting dan perkara yang perlu ada, adalah rasa hormat sesama sendiri. Kalau kita tahu menghormati orang, takkan dengan mudah kita nak mencemuh orang yang tidak kita kenali. Kalau kita terutamanya sebagai wanita, melihat seorang ibu dalam keadaan sedikit terdedah sedang menyusukan bayinya, pergilah tegur, mungkin dia tidak perasan. Kalau lelaki, mintalah isteri pergi menegur ibu terbabit, bukan masuk buat entry dekat blog dan menggunakan bahasa kasar, kononnya bertujuan menegur ibu2 ini. Di mana rasa hormat kita pada orang lain? Adakah orang akan hormat kita jika kita tak pandai hormati orang lain? Of course tidak kan.

    Semua perkara ni semuanya adalah common sense and kita punye good vs bad judgement. Bukalah minda dan lihatlah sesuatu isu dari segala sudut, jika tak mampu terima juga, tegur bukan kutuk, jika yang ditegur tidak mahu menerima, jangan dikutuk atau dikritik, berdoalah kepada Allah moga hamba Allah tersebut diberikan hidayah dan petunjuk.

    Me NIP my baby while hang out with friends. Do I look indecent to you? :)




    www.tips-fb.com Happy (Half) Birthday Zulaikha

    Thursday, November 08, 2012


    Zulaikha, my dear lovely darling babydoll... you are 6 months old today. You have been nothing but wonderful and has brought so much joy to mummy dan daddy. It an understatement to say that we love you, because you just couldn't imagine how much love we have for you. You are our greatest blessing... our most valuable treasure!!

    Zulaikha such a pretty and clever girl, started responsing with cooing back at two months-old, can sit on her tummy by 3-month and roll-over by herself near to 5-month. Now our darling babydoll can show her emotion clearly like laughing, smiling, crying, fussing... but you like to smile. A very friendly baby and always smiling, even to stranger.

    You also now taking your small baby steps whilst mummy holding both of your hands. And show an incredilble effort to get up from your sitting position by yourself. You cannot sit by yourself yet though, but I guess, anytime now, you can master that skill as well. Now you can roll-over and back and that is your method of "transportation" right now, beside effortlessly trying to bring yourself forward/ or can mummy say backward... hahaaaaa....

    Zulaikha, Happy (half) birthday!!
    Mummy and daddy couldn't wait another 6 months to celebrate your first birthday.

    Next week, we gonna have our first little family vacation. Can't wait for your first dip in the pool, swimming, or take your first boat trip. We love you, Zulaikha!



    www.tips-fb.com Panduan Pemakanan Bayi Mengikut Usia




    Pertumbuhan bagi setiap bayi adalah berbeza semenjak mereka dalam kandungan lagi. Tapi kita boleh menggunakan panduan am bagi menjangkakan apa yang mereka perlukan bagi setiap peringkat. Ini termasuk juga dalam hal pemakanan.

    Pengenalan makanan pada bayi bagaimanapun tidak semestinya mengikut turutan yang dicadangkan. Jika anda ingin memberikan tofu pada usia bayi anda 6 bulan, silakan, walaupun tofu hanya disenaraikan untuk pemakanan bayi berusia 8 bulan.

    Dahulu, ia dianggap amat penting untuk menangguhkan dulu pemberian makanan yang boleh menyebabkan alergi seperti telur, ikan dan kekacang sehinggalah bayi berusia 1 hingga 3 tahun, namun pakar kini percaya bahawa menangguhkan atau melewatkan pengenalan makanan ini, tidak akan mencegah alergi makanan.

    Bagaimanapun, pakar peadiatrik masih lagi mencadangkan agar menunggu masa yang sesuai untuk memperkenalkan makanan ini (iaitu pada usia 1-3tahun), terutama bagi bayi yang menghidapi ekzema atau yang mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai alergi. Penting untuk mendapatkan dahulu nasihat doktor bayi anda sebelum memperkenalkan apa jua makanan baru kepada bayi anda.

    Secara amnya, anda boleh merujuk kepada panduan pemakanan dibawah, untuk setiap peringkat bayi, dari lahir hinggalah ke usia 12 bulan.


    Usia: Baru Lahir - 4 Bulan

    Perlakuan Pemakanan
    • Tindakbalas hisapan membantu bayi anda mencari puting susu untuk medapatkan nutrisi
    Pemakanan
    • Susu ibu atau susu formula SHJ (susu ibu adalah makanan yang terbaik untuk bayi anda)
    Berapa kali sehari
    • Mengikut kehendak bayi anda. Bayi kecil akan menyusu secara kerap terutama bayi yang menyusu susu ibu kerana susu ibu mudah hadam berbanding susu formula.
    Tip Pemakanan
    • Organ penghadaman dan pemprosesan makanan bayi anda masih belum matang/ berkembang sepenuhnya. Jadi makanan pejal/ makanan tambahan tidak boleh diberikan sama sekali.






    Usia: 4 - 6 Bulan

    Secara amnya, makanan pejal seeloknya diperkenalkan semasa bayi berusia 6 bulan ke atas. Namun disebabkan setiap bayi mempunyai perkembangan yang berlainan, kita boleh memerhatikan beberapa tanda yang menunjukkan mereka sudah bersedia menerima makanan.

    Tanda-tanda kesediaan menerima makanan pejal/ separa pejal
    Bayi anda mungkin tidak menunjukkan kesemua tanda-tanda ini- ini cuma panduan bagi tanda-tanda yang boleh anda perhatikan:
    • Boleh memanggu kepala dengan baik
    • Mampu duduk di atas kerusi bayi dengan selesa (highchair)
    • Menunjukkan pergerakan seperti mengunyah makanan
    • Berat badan bayi telah meningkat dua kali ganda dari berat semasa lahir
    • Menunjukkan minat terhadap makanan
    • Mulut boleh mencangkupi sudu sepenuhnya
    • Mampu menggerakkan makanan dari depan ke bahagian belakang mulut
    • Mampu menggerakkan lidah kebelakang dan kehadapan, tanpa menolak makanan keluar daripada mulut (tongue thrust reflexs)
    • Masih kelihatan lapar walaupun selepas 8-10 sessi penyusuan susu ibu ataupun selepas minum 40 oz susu formula sehari.
    • Mulai tumbuh gigi
    Pemakanan
    • Susu ibu/ formula, TERMASUK
    • Makanan yang dipuri (cthnya: kentang, labu, epal, pisang, pir) atau bijirin separa cair yang diperkayakan dengan zat besi
    Berapa kali sehari
    • Mulakan dengan 1 sudu teh makanan puri atau bijirin. Campurkan dengan 4-5 sudu teh susu ibu / susu formula (biarkan ia cair).
    • Kemudian tingkatkan kepada 1 sudu besar makanan puri atau bijirin, dicampur dengan susu ibu /formula, dua kali sehari. Jika anda memberikan bayi anda bijirin, secara berkala, tingkatkan kepekatan bijirin dengan mengurangkan air/ susu ibu sedikit demi sedikit.
    Tip Pemakanan
    • Jika bayi anda enggan makan bijirin pada cubaan pertama, cuba semula dalam beberapa hari.






    Usia: 6 - 8 Bulan

    Tanda-tanda kesediaan menerima makanan pejal/ separa pejal
    • Sama seperti usia 4-6 bulan
    Pemakanan
    • Susu ibu/ formula, TERMASUK
    • Bijirin diperkaya dengan zat besi (beras, barli, oat)
    • Puri buah-buahan (pisang, pir, epal, pic)
    • Puri sayur-sayuran (avocado, karot yang dimasak, kentang)
    • Puri daging (ayam, daging lembu)
    • Puri tofu
    • Puri kekacang (kacang hitam, kacang hijau, peas)
    Berapa kali sehari
    • 3 - 9 sudu besar bijirin, 2-3 hidangan
    • 1 sudu teh buah-buahan, ditambah secara sedikit demi sedikit kepada 1/4 kepada 1/2 cawan dalam 2 -3 hidangan
    • 1 sudu teh sayur-sayuran, ditambahkan sedikit demi sedikit kepada 1/4 kepada 1/2 cawan dalam 2-3 hidangan
    Tip Pemakanan
    • Perkenalkan satu jenis makanan pada satu masa, dalam masa 4 hari berturut-turut (4days rules) untuk memastikan bayi anda tidak alergi pada makanan tersebut.






    Usia: 8 - 10 Bulan

    Tanda-tanda kesediaan menerima makanan pejal dan makanan jejari(finger food)
    • Sama seperti usia 6-8 bulan, TERMASUK
    • Mengambil makanan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk (pincer grasp)
    • Boleh memindahkan makanan dari satu tangan kanan ke tangan kiri dan sebaliknya
    • Meletakkan semua benda ke dalam mulut
    • Menggerakkan rahang dengan gerakan mengunyah
    Pemakanan
    • Susu ibu atau formula, TERMASUK
    • Sedikit keju atau yogurt yang telah dipasteur (jangan diberi susu lembu segar sehingga berusia 1 tahun)
    • Bijirin diperkaya dengan zat besi (beras, barli, gandum, oat, bijirin campuran)
    • Buah-buahan atau sayur-sayuran yang dilenyek (pisang, pic, pir, avocado, kentang)
    • Makanan jejari (Finger foods) (spiral pasta yang dimasak, potongan kecil pisang, biskut teething, roti yang dibakar)
    • Sedikit makanan berprotein (telur, puri daging atau ayam, ikan tanpa tulang, tofu, kekacang yang dimasak)

    Berapa kali sehari
    • 1/4 - 1/3 cawan tenusu (atau 1/2 oz. keju)
    • 1/4 - 1/2 cawan bijirin diperkaya dengan zat besi
    • 1/4 - 1/2 cawan buah-buahan
    • 1/4 - 1/2 cawan sayur-sayuran
    • 1/8 - 1/4 cawan makanan berprotein

    Tip Pemakanan
    • Hanya memperkenalkan satu jenis makanan pada satu masa mengikut 4-day-rules bagi memastikan bayi anda tidak mengalami alahan terhadap makanan tersebut.








    Usia: 10 - 12 Bulan

    Tanda-tanda kesediaan menerima makanan pejal dan makanan jejari(finger food)
    • Sama seperti usia 8-10 bulan, TERMASUK
    • Menelan makanan dengan lebih baik
    • Mempunyai lebih banyak gigi
    • Tidak lagi menolak makanan menggunakan lidah
    • Cuba sendiri untuk menggunakan sudu
    Pemakanan
    • Susu ibu atau formula, TERMASUK
    • Keju atau yogurt yang telah dipasteur (jangan diberi susu lembu segar sehingga berusia 1 tahun)
    • Bijirin diperkaya dengan zat besi (beras, barli, gandum, oat, bijirin campuran)
    • Buah-buahan yang dipotong, atau dilenyek
    • Sayur-sayuran dipotong mengikut saiz gigitan bayi (kacang pea, karot)
    • Makanan campuran (makaroni dan keju)
    • Makanan berprotein (telur, puri daging atau ayam, ikan tanpa tulang, tofu, kekacang yang dimasak)
    • Makanan jejari (Finger foods) (spiral pasta yang dimasak, potongan kecil pisang, biskut teething, roti yang dibakar)
    Berapa kali sehari
    • 1/3 cawan tenusu (atau 1/2 oz. keju)
    • 1/4 - 1/2 cawan bijirin diperkaya dengan zat besi
    • 1/4 - 1/2 cawan buah-buahan
    • 1/4 - 1/2 cawan sayur-sayuran
    • 1/8 - 1/4 cawan makanan campuran/ kombo
    • 1/8 - 1/4 cawan makanan berprotein
    Tip Pemakanan
    • Hanya memperkenalkan satu jenis makanan pada satu masa mengikut 4-day-rules bagi memastikan bayi anda tidak mengalami alahan terhadap makanan tersebut.

    Sumber/ditranslasi daripada BabyCenter.COM

    www.tips-fb.com Zulaikha first food - Avocado

    Thursday, November 01, 2012


    Zulaikha sekarang sudah berusia 5 bulan 3 minggu. Lagi 1 minggu, genaplah anak mummy nie usia 6 bulan. Seperti dinyatakan dalam post-post terdahulu... zulaikha memang sudah menunjukkan tanda2 nyata yang dia sudah bersedia nak makan. And yes, memang disarankan bayi mulai makan selepas berusia 6 bulan, tapi melihat kesediaan Zulaikha, mummy yakin, Zulaikha sudah ready 100%. hehee.. yakin jek mummy ye..

    Disebabkan semalam hujan yang turun teramatlah lebat, maka mummy n daddy sampai rumah agak lambat dalam pukul 8.30 malam. Kesian Zulaikha, neneknye bagitao dh mula nanges2. Maybe sebab biasanya dalam 7.30mlm mummy dah sampai, semalam lewat sket (dh bijak anak mummy nie, dah tau buat2 stunt yg cute and kenal ngn mummy, daddy)

    Mummy memang berhasrat nak start Zulaikha on solid food. Tunggu weekend tak boleh ke?? Tak boleh... hahahaaaa... mummy yang tak menyempat-nyempat.. dah tak sabar wooo... (evil laugh)
    Mummy buatkan Zulaikha avocado puree (mummy dh beli avocado, plum, dan apple utk zulaikha, tp avocado puree yg paling senang nak masak menjadi pilihan mummy). Mummy buat half saje, mashed kan dan tambah sedikit ebm.

    Letak zulaikha dlm bumbo seat.. then... Zulaikha.. open wide!!! nyum..nyum... waaa...pandai betul anak mummy makan. boleh menelan dengan baik tanpa buat muka pelik2 sangat semasa mummy suap Zulaikha makan.

    Buat permulaan, mummy hanya beri dalam 3-4 sudu sahaja (sudu baby yang kecil macam sudu teh tu), then yang selebihnyer buang (membazir jugak, pasni kena asingkan dan froze kan yang saki-baki tu). Anyway, mummy is very proud of Zulaikha. Mudah terima rasa baru tanpa banyak ragam.

    Okay apply 4day-rules. Malam nie bagi Zulaikha avocado lagi. Sehari sekali jer... nanti baru mummy bagi dua kali then 3 kali sehari.

    Weekend nie semangat nak buat frozen puree kat Zulaikha. Senang nenek nak suap Zulaikha makan kan. Semua barang2 yg diperlukan mummy dah sediakan, tunggu nak buat jek.  :)