• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • www.tips-fb.com Zulaikha masuk kontes (Vote dari 30Oct-30 Nov 2012)

    Wednesday, October 31, 2012




    Tak pernah2 Mummy join ape2 kontes online nie, tapi macam nak try2 la... photo contest baby ku comel. Yes, every baby sangat laaaa comel... and every mummy would think their baby is the comelest (hehe, rosak bahasa aku nie). Dan sebenar-benarnyer... we are nothing but just a very proud parent, aren't we?

    So Zulaikha ada join kontes ini Butik Tateh: Anakku Comel.

    Kalau ada yang sudi, please click HERE, pastu klik LIKE ye. Terima kasih in advance!!!



    http://www.facebook.com/media/set/?set=a.514471625230172.126351.100000020184918&type=1&ref=notif&notif_t=photo_album_reply#!/photo.php?fbid=550167054999765&set=pb.476178545731950.-2207520000.1351666941&type=3&theater


    www.tips-fb.com Salam Aidil-Adha

    Thursday, October 25, 2012



    Selamat Hari Raya Korban semua. Berhati-hati memandu pulang ke kampung halaman. Patuhi had laju, berehat jika penat atau mengantuk.

    Semoga kita semua selamat tiba ke destinasi!!

    Sebelum memulakan perjalanan, marilah kita sama-sama memohon agar perjalanan kita ini terlindung dari perkara2 yang tak diingini.

    Mulakan membaca Ayat Qursi - 1x

    Hasbunallahu wa ni'mal wakiil wala hawla wala quwwata illa billahialiyyil 'adzim - 3x

    Bismillahilladzi laa yadhuru ma'asmihi syai un fil ardhi walafissama' , wahuwas sami ul 'aliimm. - 3x

    "Ya Allah aku berlindung denganMu dari segala musibah danselamatkanlah perjalananku (sekeluarga) dari segala musibah yang tidakdiingini, sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik Pelindung"Allahu Akbar - 3x

    Selawat ke atas Nabi.

    Ertinya:
    “Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!”
    (surah Az-Zukhruf 13-14)


     

    www.tips-fb.com My Baby WishList

    Wednesday, October 24, 2012
    Err.. Zulaikha dah pandai ke nak buat wishlist nie?? Heeee.... actually nie mummy dia punyer wish laa nie..tp untuk Zulaikha... ye..ye... kekadang memang diakui mummy is a bit "boros" whenit come to Zulaikha things. Kekadang tak think twice..terus beli..end-up cam agak redundant je benda yg Zulaikha ade. I mean, in terms of its function.

    Okay, Zulaikha sudah ada playgym (mommy dok fikir nak beli playmat pulak)
    Zulaikha dah ada baby rocker(yg nie at least selalu jer guna, letak Zulaikha depan tv time takde sesiapa layan dia.. kesian Zulaikha nie)

    Semalam mummy baru beli ini

     Harga retail RM459, mummy dapat dengan harga RM367, but hari ni dalam dok search benda lain, mummy jumpe pulak yang harganya RM359... rasa cam nyesal lak terus beli semalam..tak apelah..beza dalam rm8 jek... (memujuk hati ini)

    Bercakap pasal wish lish... or more to mummy shopping list.. nak beli ini pulak..

    Bumbo Seat with Tray. Retail price RM249, paling murah mummy jumpa adalah RM199. Senang bagi Zulaikha duduk sini memandangkan anak mummy blom boleh duduk sendiri, plus Zulaikha nie tak suka berbaring, especially masa kat meja makan. Oh yerr.. persediaan untuk Zulaikha makan juga, senang letak sini untuk suapkan makanan kat Zulaikha. (lepas nie mesti mummy nak beli highchair pulak kan..ish..ish)

    Munchkin Fresh Food Feeder. Retail price tak silap RM32, paling murah mummy jumpe RM25. Ini memang mummy nak beli, sebab nanti kalau nak bagi buah as a snack kat Zulaikha, boleh letak sini. Avoid choking hazard.


    Ini pun nak jugak. Tommee Tippee Explora HS weaning spoon. Nie saje2 je nak. Nanti leh guna nak suap makanan kat Zulaikha. Yang bagusnye spoon nie, kalau makanan tu panas, dia change colour, so xder la nnt tersuapkan makanan panas kat Zulaikha, especially microwave heated food, sebab bila heat ngn microwave, heat dia xsekata kat makanan tu.
     
     
     Oh, of course ada lagi wish list nie. Tapi ini yang mummy nak beli dalam minggu nie.. (bolehkah??) Teruk betul mummy kalau pasal shopping untuk barangan Zulaikha. Daddy, please help mummy, jgn boros2 sgt, sbb kalu fikirkan, benda2 nie semua bukan keperluan sangat.. xder pun xkisah..tapi nak jugak!!!!!


    www.tips-fb.com 5 makanan paling tidak sesuai untuk bayi.




    Menurut artikel di dalam BabyCenter.com, terdapat 5 jenis makanan yang harus dijauhi oleh bayi sama sekali. Makanan-makanan ini mempunyai kandungan kalori yang tinggi dan rendah khasiatnya, sedangkan dalam proses tumbesaran bayi, bayi amat memerlukan makanan yang tinggi kandungan khasiatnya. 5 jenis makanan ini adalah:

    1) Soda
    Percaya atau tidak, ada sesetengah ibu bapa memberikan soda kepada bayi mereka seawal usia 7 bulan. Tidak kisahlah sama ada soda ini jenis biasa ataupun jenis diet (diet soda), ia langsung tidak mengandungi apa-apa khasiat atau nutrisi. Soda biasa mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi, di mana ia boleh merosakkan gigi bayi. Selain itu, perut bayi yang kecil mudah kenyang, bermakna jika mereka telah minum soda, mereka akan kurang menerima makanan berkhasiat yang diperlukan oleh tubuh badan mereka.

    2) Jus Buah-buahan

    Secara amnya, mesti kita berfikir yang jus buah-buahan merupakan antara makanan berkhasiat untuk bayi, memandangkan ia datang daripada buah. Buah pula tinggi kandungan khasiatnya, kan? Salah tanggapan ini. Walaupun jus datang daripada buah, kandungan serat buah akan hilang sewaktu semasa pemprosesannya. Yang tinggal hanya kandungan gula yang tinggi. Menurut pakar peadiatrik, Ari Brown "Jus hanyalah membazirkan kandungan kalori"

    Penggunaan jus terutamanya seperti jus epal, dan jus buah pear untuk memaniskan makanan bayi juga bukanlah idea yang baik. Kandungan gula didalam jus ini akan mempercepatkan perjalanan makanan di dalam usus bayi. "Apabila makanan melalui usus dengan cepat, badan tidak dapat menyerap khasiat makanan ini" kata Leanne Cooper, seorang pakar nutrisi dan penulis  buku What Do I Feed My Baby: A Step-by-Step Guide to Solids. Ia juga akan menyebabkan bayi mengalami cirit-birit.

    Menurut Brown "Bayi dengan mudah dapat memperolehi vitamin C daripada satu hidangan kecil buah-buahan." American Academy of Pediatrics (AAP) mencadangkan bayi berusia 6 bulan ke bawah hanya memerlukan susu sahaja sama ada susu ibu atau susu formula. Bayi berusia 6 hingga 12 bulan pula boleh menerima sedikit jumlah air, namun susu ibu atau formula haruslah menjadi minuman utama mereka. Selepas bayi berusia 1 tahun, susu lembu segar boleh diperkenalkan.

    3) Biskut
    Biskut merupakan makanan yang sangat mudah didapati dan diberikan kepada bayi untuk dikunyah, tetapi hanya sedikit sahaja sudah mampu mengenyangkan bayi. Ini akan menjejaskan pengambilan makanan berkhasiat yang lain. Ia juga boleh menyebabkan bayi lebih cenderung kepada rasa manis atau masin.

    Pilihan yang lebih baik adalah sepotong buah-buahan sebagai snek. Jika anda ingin memberikan biskut kepada bayi, pilihlah bijiran rendah gula dan mempunyai nutrisi tambahan berbanding biskut biasa.

    4) Makanan Diproses
    Terdapat pelbagai definisi makanan yang telah diproses, tapi secara amnya, definisi makan diproses adalah segala bentuk makanan yang telah diubah daripada bentuk asal ia diperolehi (diternak,ditanam) - dan semakin panjang senarai bahan-bahannya- semakin banyak proses yang telah dilalui oleh makanan tersebut.  Dengan proses pemprosesan yang berat, makanan itu akan kehilangan kandungan nutrisinya dan ditambah pula dengan bahan tambahan yang tidak sihat.

    Menurut Kate Geagan, dietitian dan pengarang buku Go Green, Get Lean "Semakin banyak makanan itu diproses, semakin berkurangan nilai nutrisinya dan semakin tinggi kandungan gula, garam dan lemak"

    5)Pencuci mulut bergelatin (jeli/ puding)

    Ramai yang beranggapan bahawa gelatin adalah makanan yang sihat untuk bayi kerana gelatin mengandungi protein daripada tulang dan tulang rawan binatang. Ianya salah kerana apa yang bayi perolehi daripada gelatin hanyalah gula, pewarna tiruan, perasa tiruan dan sedikit sahaja kandungan gelatin bagi menjadikan ianya lembut seperti jeli.

    Memang benar gelatin mudah untuk ditelan, namun pencuci mulut yang lebih baik adalah seperti epal lenyek yang dipanggang, dan ditabur sedikit serbuk cinnamon. "Ia manis secara semulajadi dan mengandungi serat, vitamin dan enak dimakan dengan teksturnya yang lembut. Itulah pilihan saya" kata Gerbstadt

    ~ Sumber dari BabyCenter ~ ditranslasikan ke bahasa melayu ~




    www.tips-fb.com Peekaboo.. Baaa-Chak Aaa...

    Tuesday, October 23, 2012




    www.tips-fb.com Persediaan Zulaikha utk makan



    Usia Zulaikha sudah hampir menganjak ke 6 bulan. So Mummy kena buat persediaan untuk first food Zulaikha pula. Kalau boleh, mummy tak nak Zulaikha mulakan dengan bijiran instant yang ada di pasaran. Mummy nak sediakan puri buah2an dulu untuk Zulaikha. Zulaikha 7 bulan nanti baru mummy akan bagi rice cereal. Itupun kalau boleh mummy akan sediakan sendiri bubur nasi untuk Zulaikha. (rajin ke mummy nie eh? hehe... utk Zulaikha.. mummy mesti rajinkan diri)

    Some basic guideline mummy dapat dari HSFFYB (credit to Hasnita Shaari for her post)

    Basic questions:

    1) Anak sudah 6 bulan. Mahu beri makan apa?
    - Beri makan puri buah/sayur dahulu. Setiap satu jenis makanan beri selama 4 hari berturut-turut sebelum intro yang baru. Gunakan button 'Search' dan taip 'carta pemakanan' atau 'food chart' untuk dapatkan panduan umum mengenai pemakanan sesuai untuk anak 6 bulan hingga 1 tahun.

     2) Sehari berapa kali makan?
    - Mula-mula 1 kali dahulu. Terpulang mahu beri bila - pagi, tengah hari atau petang/malam. Sebabnya perut bayi baru nak sesuaikan dengan benda baru.

    3) Berapa banyak kuantiti makanan yang boleh diberi?
    - 2,3 sudu sudah memadai sekali makan. Tak perlu beri banyak. Nanti perut anak terkejut. Kalau anak makan kurang dari itu, tidak mengapa. Anak baru nak belajar makan, tak boleh harap dia makan macam anak yang dah 4,5 bulan makan.

     4) Kenapa tak boleh beri bubur nasi seawal 6 bulan? Bila boleh beri bubur?
    - Selama 6 bulan anak minum susu semata-mata. Jadi, afdal beri semi-solid seperti puri epal, pear, labu etc (rujuk carta) supaya perut anak tidak terkejut. Nasi sumber karbohidrat. Boleh menyebabkan sembelit. Seeloknya mula beri bijirin seperti nasi pada usia 7 bulan.

    5) Puri boleh tahan berapa lama di dalam chiller dan freezer?
    - Puri di chiller 48 jam. Di freezer, 4 bulan.

     8) Bagaimana mahu buat puri?
    - boleh guna buah epal, labu, pisang, avocado untuk buat puri.

    Puri Epal
    1) Ambil sebiji epal merah. Jenis Fuji, Golden Delicious, Ginger Gold, and etc (boleh rujuk disini)
    2) Kupas kulit epal dan potong dadu. Letak dalam pengukus dan kukus selama 5 minit
     (jika guna microwave takperlu kupas kulit dulu, lepas di microwavekan selama 3-4minit, baru kupas kulitnyer)
    3) Lepas tu masukkan dalam blender dan tambah sedikit air masak untuk memudahkan ia dikisar.
    4) Tapis puri dan sedia disimpan di freezer atau boleh terus feed baby

    Puri Avocado
    1)Ambil sebiji avocado yang masak ranum. (Kulit hijau gelab, sedikit menggerutu, bila pegang ia keras tapi lembut bila dipicit/ditekan.
    2) Belah dua avocado tersebut dan keluarkan bijinya. (Boleh digolek lembut sebelum dibelah untuk memudahkan biji avocado keluar)
    3) Keluarkan bahagian isi avocado menggunakan sudu.
    4) Lenyek isi avocado tersebut menggunakan sudu. Boleh campur sedikit susu ibu supaya ia cair sedikit sebelum diberikan kepada bayi.

    Puri Avocado dan Pisang
    1) Sediakan avocado seperti diatas (sampai langkah 3)
    2) Kupas sebiji pisang dan posong kecil2.
    3) Masukkan avocado dan pisang ke dalam blender dan kisar sehingga halus.
    4) Boleh campurkan sedikit susu ibu untuk cairkan sedikit campuran.

    Macam2 buah boleh buat puri. Sayur pun boleh campur sekali. seperti puri Pisang dan Bayam. Kalau baby menolak sesetengah makanan tu, cuba ubahsuai dengan menambah buah2an yang manis sedikit. Contohnya puri brokoli dan labu.

    Tak sabarnya nak bagi makan Zulaikha (memang.. baby ok je...mummy yg over excited... :p)

    Okay. Mummy tulis nie untuk peringatan sendiri, takut nnt mummy lupa, mudah nak rujuk.
    Anyway, mummy nak kena invest utk beli blender/ food processor pula lepas nie. dan tempat simpan makanan Zulaikha. Harap2 Zulaikha bukan fussy eater dan makan je apa mummy sediakan nanti tao.



    www.tips-fb.com Tukar lagi akhirnyer...

    Monday, October 22, 2012


    Its not what I plan to happen. It's come out all of the sudden.

    Well, we only can plan but it always the Higher Power who decide whether it happen or not.

    Anyhow, I am glad, happy (excited maybe :))... I'm sure it is for my own good... my family, my darling daughter... like I always reminded myself.. maybe what happen it is not meant for me but for somebody else which is closely related to me.

    I do.. Allah... so grateful and thank you for what You have bestowed upon me while I am alive in this world.

    May the changed be for the better. InshaAllah. Amin.

    www.tips-fb.com Sayang

    Wednesday, October 17, 2012

    Mummy sayang Zulaikha...

    Zulaikha makin hari makin comel mummy tengok. Asyik teringat2 je bila berjauhan. Zulaikha senyum, pandang mummy, senyum, muka tidur nyenyak... tenangnyer la wajah itu...

    Zulaikha baby yang baik. Tak banyak ragamnyer... sekarang suka golek2 atas katil... terlanggar daddy.. then tendang2 daddy yg tengah baca buku... hehee..

    Tidur malam, bangun nak menyusu, tendang2 mummy pula... suka kebam mulut.. pipi seketul naik... kalau excited, tangan, kaki semua berjalan.

    Kalau menyusu, daddy jangan kacau please.. kang zulaikha tak boleh concentrate... kejap2 nak pandang daddy... kalau buka tv pun tak boleh.. nanti zulaikha xfocus nak menyusu, mesti kejap2 nak tengok tv.

    Lights off... tv off... baru zulaikha boleh tidur... :) (dah xder gangguan)

    Anak sayang mummy daddy.. we LOVE u much!



    www.tips-fb.com I LOVE BabyWearing (BW) :)

    Monday, October 15, 2012
    Petang semalam jalan2 kat Pesta Konvo UPM. Kata ader ekspo pertanian, tapi ader beberapa booth je.. xjadi nak beli pokok... xbanyak choice.. huh...kecewa...

    Anyway, first time BW Zulaikha utk outdoor. Memula takut gak dia xselesa sebab panas, tapi she looks okay. Siap boleh tidur lagi. Cuaca petang redup sket..sebab tu okay agaknyer. Suka la BW nie.. senang!!! :)

     
    See how soundly she sleeps.

    www.tips-fb.com Hari paling payah...

    Monday, October 01, 2012

    Diakui.. monday memang dr dolu nak blues tak blues je... tapi semenjak ader bb zulaikha.. bertambah2 la payahnyer. Nak tinggalkan selepas dua hari habiskan masa bersama (ye.. I mmg kawal Zulaikha on weeken ye... sebab time nie je ade nak main2 ngn dia.. so memang kalau boleh xmau berenggang langsung... heeeee)

    Last weekend seronok sangat. First time bawa Zulaikha keluar with my friends.  Tak sangka excited benor anak mummy sorang nie... actually, she must be really excited to go out after 5days just stay home je tak keluar.. like mummy like daughter yee.. suke nak berjalan2 jerr...

    Zulaikha is so well-behave. Even when mummy was getting a haircut plus scalp treatment. She curiously watching the hairdresser cut my hair and always give me her best smile whenever my eyes caught with her eyes. Hairdresser tu pun compliment Zulaikha for being such smiley and happy baby.

    Then biler dh meet up with my friends, she is so excited and so friendly. Kinda hyper.. (i did not feed her sugar okay :p) maybe she's really in her good mood. My God, she's so cute like that... how i love that child so much! (even with all her crying and fussiness.. i still love her the same)

    Last night she really laugh so much. mummy nie funny sangat ke Zulaikha? Biler daddy cakap, zulaikha muka cool je.. biler dengar suara mummy terus ketawa mengekek... suara mummy pelik ke? or she love the different tones I use when talk to her.. either way, she make me a very happy person. Tapi mummy tak berjaya lagi put it on record... mummy ambil je kamera, zulaikhaa dah ngantuk nak tidur pulakk... aish...

    On Saturday she only slept for a couple of hours and her energy level was way up until midnight. So the next day, she spent her time sleeping. Sian anak mummy, mesti penat layan mummy ajak main kan... pagi tadi sebelum pergi kerja, zulaikha terjaga pula untuk menyusu. End up mummy daddy lambat sket keluar work and buat mummy lagi lah susah nak lepaskan zulaikha untuk pergi kerja. Kan bagus kalau mummy boleh bawa Zulaikha ke tempat kerja kan... (kalau la boleh...)

    K..Enjoy some of her picture taken last Saturday..