• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • www.tips-fb.com Zulaikha makan??

    Tuesday, September 25, 2012

    Semalam, rindu sangat kat zulaikha. Pukul 6pm sharp dh kat pintu keluar office.. hahaaaa... seb baik jalan xjem.. so pukul 635pm dh sampai rumah. Sampai2 je tengok bb Zulaikha tengah nyenyak tidur dlm buai. MIL kata dah lama dia tido dari pukul 3pm. Tp pagi dia xtidur lepas balik dr klinik, so mummy biar ja Zulaikha tidur.

    Tak sampai 10minit, tengok2 Zulaikha dah jaga. Oh, tahu la tu mummy dia dah balik... Zulaikha bangun tidur, bucuk masam xmandi... so kite mandi dulu. Zulaikha mmg suka mandi kan...selalu kaki aktif je menendang2 bath tub tu sambil tangan mengapai2 kat showerhead.. seronok air lalu kat tangan dia. pas mandi, mummy bagi Zulaikha susu, tapi Zulaikha minum sket jek sebab dah kenyang, perut pun dah buncit... heheeeee....

    so mummy spent time teman Zulaikha main2 sambil tengok tv... sambil layan milo panas ngn roti gardenia... tengah syok makan roti, tetibe je zulaikha tarik tangan mummy yg ader roti terus masuk mulut dia. Dari tadi dia dok usha ja mummy makan yerr... pandai pulak main tarik2 tangan nih... masuk2 jer roti dalam mulut, terus dihisapnyer roti tuh... cute plak ...

    tp no-no-no zulaikha tak boleh makan lagi. mummy bagi je zulaikha rasa sket.. then dah tak boleh... Zulaikha kan baru 4 bulan lebih..kena tunggu another 2 months ye darl. Pas tu Zulaikha asyik tengok je mummy makan. Dah habis makan tu, plastik gardenia tu pula digapainyerr.. agaknye nak tengok roti still ade lagi ke tak... (dah habis la sayang mummy makan)

    Sian kan Zulaikha mummy bagi Zulaikha susu lagi... pastu main2 lagi.. minum susu... then tidur... sekarang Zulaikha memang kerap jaga malam untuk menyusu. Tapi tak apalah.. asalkan jangan menagis kuat2 udah lerr... :)

    p/s: xsabar tunggu zulaikha boleh makan... nnt mummy buat fruit puree yerr kat Zulaikha

    www.tips-fb.com Monday

    Monday, September 24, 2012
    Today seriously feel a bit down. Hubby outstation to Bintulu till Wednesday... and I miss my baby so much!!! I wish weekend would be longer... :'(

    www.tips-fb.com Motherhood

    Friday, September 14, 2012



    "Motherhood started as soon as you know you are pregnant" says the doctor to me when I first time visit her on my first pregnancy checkup and complaining about not having appetite and difficulty to drink a lot of water. She was quite strict with me in consulting what is good for the baby and she's immediately be my favourite doctor. It is okay for her to scold me because I can sense her genuine care for the baby. That is what every maternity doctor should be concern of, priority is the mother and baby. Healthy mother equal to healthy baby.

    Why I tend to write about it today is the fact that some mother take for granted the important of taking care of the baby while they still in the womb. The most heartbreaking thing is the refusal to take the vitamins like folic asid, iron, calcium for the development of baby. Some take it lightly, sometimes take the vitamin sometimes don't. There are cases that I know of that the baby was small, fragile and sick at birth because the mother don't want to take or might I say lazy to take any pills. I am not saying that those who takes vitamins are confirm to have healthy baby (I myself lost my baby due to kidney problem in my 5th month of pregnancy even I take care of myself), but precaution or prevention is always better that cure.It is also important not to skip any pregnancy checkup, eventhough how busy we are in the daily routine and work. By following the scheduled checkup or takes extra one (investment in medical checkup for me is always worth it) to be on the safe side, if there's any problem with our pregnancy, it is good to know it earlier.

    Having said that; we do what we need to do as a responsible mother and leave the fate to Allah the Al-Mighty, with lots of doa that our dear baby would be born healthy and strong.




    www.tips-fb.com Happy Friday!!!






    Yay!! dah Jumaat. Sukernyer saye sebab esok mommy daddy start cuti 3 hari boleh main dengan sayerr!!!

    :)

    www.tips-fb.com Breastfeeding journey

    Thursday, September 13, 2012


    Memang betul kata orang, nak fully breastfeed baby memang besar cabarannya. Kalau bagi FM senang je kan... beli-bancuh-feed kat baby... tp atas niat suci murni (chewahh) sejak pregnant kan Zulaikha, aku memang nak fully breastfeed dia, ekslusif breastfeed sampailah dia umur 6 bulan (set target 6 bulan dulu, pastu baru sampai 2 tahun). Tapi nak dijadikan cerita, atas ilmu yang suam2 kuku aku nie, minggu ini baby Zulaikha terpaksa diberi FM.

    Minggu lepas first time kena Mastitis. Selalu kena bengkak susu je sebab lambat pam, takpun pam tapi susu tak nak keluar. Waktu kena mastitis, production susu dari sederhana, terus merudum jadi tersangat low. Pam nak dapat 10oz sehari pun susah, sedangkan bb Zulaikha minum dalam 20oz sehari... natijahnyer, stok yang tak seberapa dalam peti ais tu habis terus dan bekalan EBM hari ini pun tak cukup nak tampung keesokannya, tambahan dekat office sekarang banyak keje dan kekadang hubby banyak keje, so ada masanya pulang lewat, pukul 9-10mlm sampai rumah, sah2 Zulaikha perlukan extra susu.

    Sedih memang sangat sedih. Tapi takkan nak biarkan Zulaikha berlapar kan gara2 kita nak sangat fully bf dia. Tak apalah..sekarang aku berusaha nak kumpul stok balik. Lepas mastitis dah lega, (jumpe doctor, doctor kasi ubat antibiotic, lancar susu, painkiller) bila pam hasil masih sikit. Aku mula gelisah sangat. Takkan susu dah kering, tp bila perah tangan, ade je susunya. Lagipun aku ada ambil supplement shaklee. Langkah seterusnya, beli Avent Isis manual pam supaya kalau berjalan2 pun boleh bawa pam (nak bawa FS cam leceh jer, lgpun bunyi dia kan kuat sikit).

    Nasib baik ada Kump.Ibu Menyusu di facebook. Ada yang advice cakap maybe sebab pam, kerana breast aku selalu bengkak, maksudnye susu tu ader. So aku try pam manual Avent tu pulak kat rumah. Alhamdulillah, memang betul lah sebab pam. Sekali pam aku dapat mengumpul 5oz sedangkan sebelum nie nak dapat 2oz pun payah. Lega sket. Tapi manual is very time consuming, so aku kena juga guna FS masa kerja. So aku pun beli softfit breastshield kat eBay bagi menggantikan personalfit breastshield medela FS. Sampai2 je breastshield tu aku terus guna (sterilize la dulu kan). Alhamdulillah, dari 2oz boleh dapat 4oz. Walaupun masih tak seberapa, aku yakin jika aku terus ikut jadual mengepam masa kerja dan juga bangun mengepam waktu malam, nanti production mesti bertambah baik.

    Sementara kumpul stok, Zulaikha terpaksa ditop-up ngn FM. Harap2 weekend nie cuti 3 hari boleh buat stok lebih sket utk cover for next week. Aku tak kisah orang nak kata apa..aku tahu aku dah berusaha bersungguh2 untuk breastfeeding kan Zulaikha... semoga Allah memungkinkan aku terus berjaya meneruskan niat aku ini.

    www.tips-fb.com Zulaikha Now 4 Months

    Monday, September 10, 2012
    Dah lama tak bercerita di blog nie. Maklumla..biler dah ada baby.. memang waktu utk diri sendiri sangat terhad. Kekadang kena pakse daddy tengok2kan Zulaikha supaya mommy boleh dapat Me-time... contohnyer macam hari Sabtu lepas, mommy dah lama teringin nak buat kek karamel... resepi ambil pun dah lama dok peram... dah bucuk macam tau... anyway, antara Zulaikha tidur dan berjaga, kejap2 tinggalkan kat daddy, kejap2 mommy kena dukung ke dapur, berhasil jugak kek karamel, walaupun kurang menjadi sebab asyik kelam kabut (rasanya masak xcukup lama, so karamel dia xmenjadi sangat) dan nak cepat2 jek... tapi masih boleh dimakan kot.

    Zulaikha, now 4 month dan sangat2 manja. Tidur malam makin buas sebab dah pandai meniarap. So tidur kejap menelentang, keje meniarap, dan kejap mengiring...memula tidur berbantal tapi mesti end up bantal kemana, Zulaikha kemana... tak kisah lah asalkan Zulaikha tidur. Tapi bab yang buat mommy sakit bila Zulaikha suka sangat protes time tidur, baik siang atau malam. Bila dah ngantuk dan kena tidur, selalu buat perangai. Mesti berteriak kuat2, menyusu main2, gigit2 susu mommy... memang geram jugak kadang2, tapi tak dapatlah nak geram lama2, bila Zulaikha pandang dan senyum kat mommy, terus hilang rasa penat mommy tu...

    Anak mommy nie kejap je rasanya dah besar. Alhamdulillah sentiasa aktif dan sihat, bagi mommy kesihatan Zulaikha la paling penting, syukur sangat sebab Zulaikha belum pernah sakit lagi. Dua tiga enjak nie, mommy struggling sket nak bekalkan EBM kat Zulaikha, tp mommy akan terus berusaha untuk anak mommy sedaya mungkin, semuga dimurahkan rezeki susu mommy buat Zulaikha.

    Oh ye, Zulaikha dah dapat Kazen baru 1/9/2012 aritu. Makcik Ida, isteri Pakcik Sabri, dah selamat lahirkan baby Shahir Amirul. Nanti kita balik kampung raya haji nanti bolehla kita melawat Shahir... xsabarkan...

    Okay, mommy nak continue work. Nanti mommy cerita lagi pasal Zulaikha ye. :)