Tekanan Darah (Blood Pressure) - How To
Monday, December 05, 2011
Perkara yang patut kita tahu jika nak ambil tekanan darah (BP) sendiri.
1) Nak ambil tangan mana, kiri atau kanan ye?
- Kedua-dua tangan kita boleh memberi bacaaan yang berbeza ketika kita mengambil bacaan. Untuk tentukan tangan mana yang perlu digunakan, pada mulanya kita perlu mengambil bacaan dari kedua-dua belah tangan. Selepas itu, pastikan, tangan mana yang memberi bacaan lebih tinggi. Untuk bacaan seterusnya, sentiasalah gunakan tangan yang memberi bacaan lebih tinggi tadi. Jika perbezaan antara kedua belah tangan adalah melebihi 20mmHg systolic (bacaan atas/top number) ataupun melebihi 10mmHg diastolic (bacaan bawah/ bottom number), segeralah merujuk kepada doktor mengenai bacaan anda.
2) Bagaimana nak ambil bacaan?
- pakai baju lengan pendek atau mempunyai lengan baju yang longgar yang boleh disenteng dengan selesa
- sebelum mengambil bacaan, berehatlah selama 5 minit. Seeloknya duduk di kerusi yang bermeja, dalam suasana tenang dan merehatkan lengan di atas permukaan meja yang rata. Pastikan "cuff" di lengan anda sama aras dengan bahagian jantung. pastikan lengan dalam keadaan relax dan tidak tegang
-cuff dendaklah dipasang rapat tetapi tidak terlalu ketat (pastikan kita boleh memasukkan dua jari diantara cuff dan kulit)
- semasa bacaan diambil, jangan bergerak atau bercakap.
- ambil dua atau tiga bacaan berasingan selang 2 minit. Jika anda mengambil dua bacaan, pedulikan bacaan pertama, dan hanya mengambil kira bacaan kedua. Jika anda mengambil tiga bacaan, pedulikan bacaan pertama, kemudian kira purata bacaan kedua dan ketiga sebagai bacaan BP anda.
3) Berapakah bacaan normal bagi saya?
- target bagi pesakit tekanan darah tinggi adalah mengurangkan bacaan. Jika diukur di klinik oleh nurse atau doctor, bacaannya mestilah dibawah 140/85mmHg. Jika di rumah, dimana anda lebih relax, bacaan sepatutnya di bawah 130/80mmHg. Kadang-kala bacaan ini sukar dicapai dan doctor anda mungkin meletakkan target berbeza untuk anda.
4) Apakah faktor yang boleh mempengaruhi bacaan BP saya?
- Antara faktor sementara yang menyebabkana tekanan darah naik ialah senaman, mengambil minuman beralkohol, merokok, pundi kencing penuh, bercakap, gelisah, gembira, dalam kesakitan dan banyak lagi. Adalah dinasihatkan untuk merekodkan aktiviti yang anda lakukan sebelum mengambil bacaan sebagai rujukan untuk doktor anda
Untuk informasi lebih lanjut, boleh klik disini



0 comments:
Post a Comment