• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • www.tips-fb.com Vision Scan @ KK

    Tuesday, November 29, 2011


    Alhamdulillah, baby sekarang dah masuk WW18. Hari ni kite g check up kat klinik kesihatan. Lama betul, dari pukul 7.30am sampailah kembali ke kereta pukul 12.30pm.

    Hari ni juga patutnya mommy dh kena buat BSP, tp dah ader appoinment check perut, then buat Vision Scan lagi, kalau nak buat BSP lagi.. ahh..penatnyer nak berkampung kat klinik tu.

    Tadi check semuanya nampak normal. Lega hati mommy bile doktor kate baby okay je semua. Tapi biasalah, mommy kena tegur sebab tak buat BSP hari nie, terus bagi appoinment untuk buat BSP esoknya. Penatnye memikir nak menunggu kat klinik tu, tambahan pula, BSP ni memang asek nak kena tunggu selama dua jam untuk setiap test, lepas makan...

    Okay cerita pasal vision scan pulak. Tunggu lama biasala kan, tapi semasa scan pun sangat lama... mommy raser ade la lebih satu jam sonographer tu scan baby. Mommy pun sampai dah tertido kat situ.. hehee.. Kata sonographer, baby ni active sangat, asyik bergerak2 je, so sangat susah ambil measurement. Kesian baby, mesti baby gerak2 sebab lapar kan, hehe... sebab waktu tu mommy pun lapar, tak sempat breakfast, pastu dah masuk time lunch pun... confirm lapar... nasib baik bawa air kosong, so teguk air je, habis satu botol air...

    Yang agak melegakan hati mommy, bila sonographer kata no abnormalities detected... meaning semua organ-organ baby (kidney, bladder, heart, femur, ulna & etc), kedudukan uri dan baby position, saiz dan bentuk semuanya nampak normal. Heart rate dalam 146bpm. Dalam erti kata lain, alhamdulillah, syukur ya Allah sebab baby dalam keadaan sihat2 sahaja. Still, nanti kita akan check up on baby lagi week20, tak tahu lah nak buat detail scan kat private yang bayar rm100-rm120, ke nak ke vision colleage je which is FOC, kena tengok masa la camner.. kalo tak dapat nak manage masa, kite ke private je, laeipun mommy dah buat appoinment on 26 Dec nanti.

    Esok kena ke klinik lagi... tak apelah, untuk baby.. walaupun terpaksa kena ambil unpaid leave esok sebab mommynyer leave dah tinggal zero... huhuhu...

    As long as baby is fine and healthy, everything else doesn't matter much. Love you baby darling!!!

    www.tips-fb.com Mari Tambah Vocab :)

    Friday, November 25, 2011


    ESPOUSED

    Synonym :- take up, adopt, support, back, advocate, promote, champion
    Antonym :- oppose

    ESPOUSED VALUE

    Definition:-
    Corporate values and morals important to an organization. Espoused values contribute to the development of normal standards of the organization for how it conducts business now and in the future

    ESPOUSED VALUE vs ENACTED VALUE
    Espoused values stated values and norms preferred by organization meanwhile enacted values are norms that are exhibited by employees

    www.tips-fb.com Minum Air

    Wednesday, November 23, 2011


    Percaya atau tak, antara perkara penting yang agak susah buat aku adalah untuk minum air. Mana taknya... aku mampu bertahan seharian hanya dengan meminum segelas air saja. Bulan puasa pun tidak begitu payah bagiku sebab selalunya aku jarang merasa dahaga (kalau dahaga pun selalu dapat je tahan sebab dh biasa tidak minum).

    Pernah juga aku kena demam panas yakni suhu melebihi 39C, gara-gara mengambil ubat yang memerlukan aku minum banyak air, tapi aku biarkan je... suhu badan pun naiklah. So apabila doktor menyarankan aku untuk minum air antara 1.5liter ke 2liter sehari, memang ini suatu tugas yang berat.

    Untuk tingkatkan semangat agar aku lebih berusaha mendapatkan jumlah liter air yang disarankan, aku membawa botol mineral 1.5liter ke office dan misi ku setiap hari adalah untuk mengosongkannya (kadang2 gagal jugak, tinggal 1/2 atau 1/3 lagi but I try my best). Mr Hubby pun selalu bagi semangat dan berpesan... minum air... minum air... hehe.. yalah darling...

    Aku ada juga mencari di internet, sebab mengapa aku memerlukan jumlah air sebegitu dan kesannya jika aku tak ambil benda nie seriously. Apabila dah faham kenapa dan mengapa kena buat macam tu, semangat makin berkobar... yalah... untuk kesihatan baby kan, so no kompromi... kalau babitkan aku je.. hehe..keje nak mengelat ja lah...

    Conclusion, I must teach myself to love water and consume water volunteerly and making it a habit. :)

    www.tips-fb.com My Year End Luck

    Wednesday, November 16, 2011



    Actually, it is not really of a luck, but more to misfortune. Each year end, I always had a misfortune. May it be car accident or my car tyre being stolen. This time, it was my car being broken in and they stole my laptop bag, along with the company laptop, my digital camera, usb broadband, handphone, pendrives and my loose change purse. Not to mention, all my documents and pictures (which is priceless) in the laptop. And they spoil my car lock as well.

    Yes, a split second decision and a 10 minutes stupidity. Normally, I won't leave my laptop bag in the car, but on 14/11/2011, 5.30pm, in Econsave Kota Kemuning, I decided to leave it because I would only be fast as I only want to buy some prawn to cook for dinner. Reason, because it gonna be quick, it's still early, 5.30pm and usually a lot of people, I park at the front side of Econsave and I hide my laptop bag under the carseat. All that doesn't prevent this misfortune happening, as if they already know I have laptop in the car (I am a frequent visitor to Econsave, maybe they have seen or aim me before :(

    Yes, it is stupid. Now it was never really safe anywhere, even in broad day light or with a lot of people. I should have KNOWN BETTER... What done is done... My total estimation lost is RM6k and I need to repay for the company laptop, which is less than 1-year-old, and the secureID Device which cost around rm300. (there goes my bonus, and my severance package payment)

    One thing I can say about this experience is, the police was really helpful, last time I remember accompanying my friend for police report and that's it, no follow up or what ever, but after I lodge a police report, I was directed to Section 9 Police Station to see the Sergeant who's gonna handle my case as they have open the case for investigation. My statement was recorded and I was also given the contact and need to provide them the laptop serial number, just in case...

    I never hope of getting my things back, but it surely would bring me great satisfaction if the criminal are caught. There are too many bad and evil people nowadays. Before they burned in hell, I do hope they would suffer a lot of pain and misery and pay for what they've done in this life as well.


    www.tips-fb.com Materialistik

    Monday, November 14, 2011
    Semalam, masa mr hubby and I dalam keta, tetiba je kuar topik nie... pasal kenapa budak sekarang, kecik2 pun dah perlukan duit yang banyak? Biasalah ada generation gap kan, so we compared dengan zaman kitorang dulu.

    Dulu-dulu, mak bagi duit sekolah masa sekolah rendah rm0.50 je. Sebab bila makan kat kantin, beli nasi/ laksa rm0.30, air sirap/ kordial apa2 perasala rm0.20. Bukan sekadar sebab duit dolu lebih besar, sekarang mana nak dapat laksa atau nasi lemak sepinggan rm0.30 kan... tapi kalo naik harga pun xbeza sangat rasanye... yang beza adalah portion. Dolu ada la tiga empat urat laksa untuk rm0.30 tu, tapi xkisah, makan jer. Then nasi lemak dengan telur yang dipotong spuluh(hehe..yeker), tapi mmg kecik benarla.. ikan bilis dua tiga ekor dan sambal, okay rm0.30. okay la... kalo nak beli gula-gula pun sebiji lima sen, so rm0.10 dapat la dua biji. Aiskrim coklat vanila kegemaran aku dulu rm0.40. Aiskrim Cornetto dah dianggap cam luxury item dah sebab mahal.

    Kalo mintak duit kat mak pun sebab nak beli keropok atau gula-gula. Xpun pergi makan laksa kat gerai PakLong... dalam RM2.00 dah cukup... Laksa sepinggan harga rm1.00 je. Barang lain mungkin nak beli alatan sekolah, pemadam rm0.10, pensel rm0.20... benda2 macam tu lah... then baju t-shirt yang sehelai rm5-rm10.

    Sekarang, selain bebudak mintak duit nak hang out dengan kawan2 kat paling lekeh pun KFC la kan... then nak tengok movie lagi, karoeke jamban la... oh yer.. xlupa jugak duit untuk beli top up handphone utk bergayut ngan awek (dolu pakai fix line jer, xleh gayut lama2, kang mak check bil tinggi, konfem kena rotan, dulu2kan mana ada handphone)... nak duit mintak jer... sekali mintak mesti rm10 ke atas (rm10 standard org susah la kan)... so tak terkejutla... kalo budak usia 12tahun dah pecah rumah, jadik pencuri, gangster, kaki buli, pemeras ugut... sebab kecik2 dah banyak pula keperluan yang menginginkan duit. Kita dulu xpeduli sangat benda tu semua. Kalo ayah dan mak ada duit lebih, diorang bawa la kita jalan-jalan dan makan-makan, kalo tak, tak ade la jawabnyer.. xder nak demand2 kan.

    Dolu masa darjah 2, aku kena tampar dengan cikgu dihadapan kelas... malu sangat dengan kawan2. Rasa marah sangat dengan cikgu, balik beritahu ayah, siap kena marah balik sebab bagi cikgu marah, kalo sekarang mesti jadik kes polis sebab cikgu dera pelajar...

    Entah la... banyak bezanya, dolu kalo budak2 berkumpul mesti bermain kejar2 atau masak-masak, sekarang setiap orang dengan handphone tak pun ipad, xpun psp ditangan. Macam dah xkisah nak bersosial secara in-person... nak bersosial pun dalam facebook, takpun twitter... Parent pun nak diamkan anak senang je.. kasik je main handphone, iphone, ipad dan apa2 gadget la.. bila anak dah leka... diam lah mereka... Ada baik dan ada buruknya, tapi macam tak betul pula bila tengok, di restaurant.. makan ramai2 satu keluarga tapi masing2 sibuk belek iphone atau ipad... macam tak kena je.. bukan masa tu lagi sesuai kita berborak2 dengan ahli keluarga?

    Memang dunia sekarang tanpa sempadan, tapi sempadankanlah diri kita ikut akal, ilmu, iman, dan juga berdasarkan sempadan agama. Jangan lihat siapa yang nasihatkan kita, tapi dengar intipati nasihat tu, kalo ada betulnya..tak salah kita ikut kan...

    Hehe.. konten bercampur baur... itulah.. hanya menulis ikut suka ja.. apa saja yang terlintas di kepala.. :p

    www.tips-fb.com Hari Raya Korban

    Wednesday, November 09, 2011


    Alhamdulillah, Ahad lepas dapat juga kita meraikan hari raya aidiladha. kali nie beraya di Kajang, rumah mertua. dan kat rumah mertua ada buat korban.

    Lepas sembahyang raya, kami semua pergi beraya rumah nenek di Kajang, kemudian singgah di rumah bapa saudara Mr Hubby, Pak Mad. Hampir semua orang ada di situ sebab moyang, nenek, bapa dan ibu saudara dari Johor semua turun situ, almaklumla, esoknya Pak Mad ada buat kenduri, sempena rumah barunya. Cantik Pak Mad renovate rumah. Nampak besar dan selesa.

    So lepas beraya di rumah Pak Mad, kami kembali ke rumah my MIL untuk persiapan korban. Lembunya dari semalam dah sampai, muka dia cool je, maybe dah tau nak dikorbankan kerana Allah, alhamdulillah, lembunya xder buat perangai sangat. :D

    First time aku tengok orang sembelih lembu, dah lama teringin nak tengok, tapi selalunya korban buat di masjid, dan seperti biasa kalau di kampung asyik sibuk di dapur dan layan tetamu, tak sempat nak ke masjid nak tengok pun. Memang excited jugak la.

    Dalam keseronokkan nak tengok lembu dikorbankan, aku terlupa. Aku terlupa yang aku dah mengajak mak (mak dan ayah tiri bersama dengan adikku dan isteri nya ke Melaka pada hari Jumaat tu) untuk singgah Kajang dalam perjalanan balik dari Melaka hari Ahad tu. Masuk saja ke bilik untuk solat Asar, aku tengok di telefon ada 6 misscall. Semua dari mak. Panggilan terakhir pukul 4.16ptg. Aku tengok jam di hadphone sudah pukul 5.09ptg. Ya Allah, mesti dorang telefon sebab nak datang. Hati dah rasa bersalah sebab terlupa bawa handphone bersama... rasa terkilan juga sebab tak dapat jumpa mak dan adikku. Mak dah bawakan sayur keladi yang aku pesan sebelum mak pergi Melaka dan pulut untuk aku.

    Aku call mak balik tapi mak dah berada di sungai buluh. Ada nada kekesalan dan marah sebab aku tak menjawab panggilan sedangkan mereka dah bersungguh-sungguh nak datang. Adikku pula tak teringat jalan nak ke rumah MIL ku. Aku rasa bersalah sangat. Macam mana aku boleh terlupa langsung. Mungkin sebab kesibukan dan rasa excited sangat nak tengok orang sembelih lembu.

    Malam tu aku telefon lagi. Mak macam dah okay. Alhamdulillah, harap mak tak marah lagi. Minta maaf ya mak, memang tak disengajakan. Aku sendiri harap sangat mak dapat singgah di Kajang sebelum pulang ke Kedah.

    Itulah, memang kita tak boleh seronok sangat, sebab nanti kita terlupa sesuatu yang penting. Ini memang patut dijadikan peringatan dan pengajaran untuk diriku yang tak terlepas dari kelemahan manusia, iaitu sikap lupa.

    Teringat sayur keladi mak. Kempunan la tak dapat makan... huhuhu...

    www.tips-fb.com Test

    Wednesday, November 02, 2011


    Life has its millions of tests and we would never know which one would belong to us, in any given time.

    As much as life has granted us with many beautiful surprises, some of it is not too pretty and most probably make us end up questioning, why did this has to happen to me, especially when we are already in a tight spot.

    The best thing to do is to take on anything positively. Each thing has two side, the good and the bad. While lingering on the bad side, and not venture through the good one, we may forget, maybe there's a more exciting path lie ahead, and we would never know if we stop too long and never make that very difficult first step.

    Reminder to myself, hang on there. Believe everything gonna be alright and everything happen for a reason. :)