• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • www.tips-fb.com Haa..Chew!!!

    Wednesday, January 26, 2011
    Recently at my office, ramai yang kena haa..chew!! apalagi..sneezing la.. Musim selsema kot. Aku pun xterkecuali.. how sad.. huhu...

    People mesti gelak biler aku ha... cheww!! dorang cakap kelakar.. akan terdengarlah suara2
    "sue, please go to clinic" or "sue, ari nie dah bersin blom?"... ya..ya.. I should go to clinic, tapi so lazy to do so.. pasal bukannya rajin nak makan ubat pun.

    My haa..cheww!! has an intonation... hi-frequency dorang cakap. I remember few years back, memang kalo kat class or lecture, bile aku haa..cheww!! ramai juga yang gelak2, takpun senyum2.. sorry.. it was never my intention to be funny. I don't know why do I sneeze that way. It is natural (bolehkah bersin dibuat2.. mcm tak boleh jek) hehe...

    Badan panas2 suam kuku.. boleh ka macam tu? :p maksudnyer..kekadang dlm badan rasa cam panas giler, letak tangan kat dahi.. xpanas mana pun. Tapi kena selalu pakai sweater.. it's too cold ya.. musim hujan.. panas..sejuk..panas..sejuk..

    Selera..worst and worst... bencinya nak makan, tapi terpaksa sumbat jugak, kalo tak makan, perut masuk angin.. kena sakit lain pula..

    To myself... Ganbattee neh!! I will survive this. To Baby.. jgn dera mommy lebey2 yer... ;)

    till then.. choww!!

    www.tips-fb.com Buku Rekod Kesihatan Ibu

    Friday, January 21, 2011
    Last Wednesday, akhirnya berjaya juga misi utk mendapatkan buku "Rekod Kesihatan Ibu" atau lebih dikenali sebagai Buku Merah. Apa pentingnya buku nie? Buku ini sangat penting masa nak admit masuk hospital waktu nak bersalin nanti. Tak kisahlah nak lahir kat private atau goverment, sebab orang cakap, kalo ada komplikasi waktu bersalin kat Private, dorang hantar ke Government jugak, time tu nanti, pihak hospital Gomen memerlukan buku ini utk rekod, nak elakkan kesulitan ke.. kena marah ke.. hehe..no harm done, laeipun semuanya percuma... cumer... kena spent masa sket.. opss.. bukan sket kot sebab aku telah berjaya meluangkan masa selama 3 jam untuk selesai segala proses itu.

    Aku tiba kat Klinik Kesihatan Shah Alam lebih kurang pukul 8:25am. Masa tu dah ramai giler orang. Then terus menuju kat kaunter pendaftaran ibu dan anak, bagitao kata first time datang nak check pregnancy... first dia tanye, dah berapa bulan, then tinggal kat mana (nak pastikan rumah kite dicover oleh klinik tu, senang misi nak buat lawatan nanti).. then pastu dia mintak i/c dan bagi nombor giliran serta buku merah untuk diisi.

    Selesai je isi, bagi balik buku kat misi tu, then tunggulah giliran nombor untuk dipanggil. Lama jugaklah tunggu dalam 30 minit,sebelum nombor dipanggil. Then misi amek berat dan tinggi, then tunggu giliran lagi. dalam 25 minit, no. dipanggil. Gi kaunter lain plak. Kat sini misi tu ambil tekanan darah dan interview sket, tanya last period, kandungan ke-berapa dan bla..bla..bla. Time nie mr hubby dok tercegat teman aku. Misi soh dia g duduk dolu sebab banyak lagi process nak kena buat. alang2 kami dah bawa gambar scan baby dan bil utiliti nak semak alamat, mr hubby pun terus bagi kat misi untuk buat pengesahan alamat. Aku bagi jek bag kat Mr Hubby soh pegang. Senang sket.

    Lepas interview dan ambil tekanan darah, misi soh sign kat buku merah tu, bagi kebenaran utk ambil 10ml darah.Pastu misi bagi dua tiub tabung uji soh g bilik darah. Sampai bilik darah, aku baca jek note kat basket atas meja misi "Sila letakkan buku merah disini dan pegang tabung darah"... oo..macam tuh..so aku pun letakkan jek buku merah tu, then duduk luar tunggu dipanggil. Dlm 15 minit jugaklah, akhirnya nombor aku dipanggil.

    Aduhai..panjangnyer jarum dia cucuk utk ambil darah (tapi cucuk sket je.. kenapa agaknye dorang perlu letak jarum panjang2 sgt sedangkan masuk sket jek) hurm.. aku xpernah takut jarum atao darah.. so cool jelah.. xsakitpun..misi siap keluar masuk jarum beberapa kali lagi pasal darah aku xmahu keluar (dia silap cucuk la tuh.. hehe)

    Lepas ambil darah tu, dia soh aku hantar botol darah tu kat makmal, dan ambil air kencing pulak. Sampai je makmal, tatao nak letak tabung kat mana, misi ada dua orang kat dalam, tapi dua-dua tengah sibuk dok testing darah dan air kencing, so aku terpaksa lah meng "Excuse Me", then sorang misi datang, aku tanya lah nak letak mana nie, dia cakap kepilkan tabung kat buku merah (penutup tabung dikepilkan kat buku merah guna paper klip yang sedia ada di buku merah)... ooo..baru aku tau.. nasib baik misi nie baik je. So sekali lagi process menunggu.. alahai...

    Dalam 30 minit lepas tu, akhirnya nama aku dipanggil, aku diberi paper cup untuk isi air kencing. Aku pun ke tandas makmal sebelah tu. Nak dijadikan cerita, taktaolah sape dlm tandas, hampir 15 minit jugaklah nak tunggu dia keluar, dah la tandas sangat "wangi" dan satu biliknya rosak... rupa-rupanya nenek tua.. nenek tu cakap " Air kencing tak mahu keluar" hehe... macam2. Pas dah ambil air kencing, terus kembali ke kaunter menunggu kembali.

    Dalam 20 minit camtu, akhirnya nombor aku dipanggil. Kali nie masuk bilik rawatan. Misi suruh berbaring di katil untuk check breast dan ambil ukuran perut. lepas dah check semua, mulalah sessi kaunseling atau konsultasi. Banyak jugak lah dia cerita, pasal makanan pe semua. aku pun ambil kesempatan tanye benda2 yang aku tatao (ada yg dah tao, tapi saja buat2 tatao..nak dengar second opinion). Akhirnya misi schedulekan appoinment akan datang pada next month, kena minum air gula la..pasal berat badan berlebihan.. huhu.. takut nanti diabetes plak... then kena dengar ceramah susu ibu pada bulan March.


    Akhirnya, tamat sudah segala proses lebih kurang pukul 11:15pagi. Kesian Mr Hubby kena sabar menunggu lama.. hehe...

    Last but not least.. ini lah dia buku merah tu :)

    *misi = nurse (pada yg tak tahu)

    www.tips-fb.com Second Visit to UMRA

    Thursday, January 20, 2011
    Okay, sebenarnya memang nak tulis panjang lebar (kononnyerlah) tapi bile dah depan laptop nie, otak cam buntu semacam jek. so direct to the pointlah, saje nak share gambar scan baby semasa g Pusat Perubatan UMRA aritu. Memang niat kami nak dapatkan gambar scan tu, sebab esoknya dah amek cuti, nak ke klinik kesihatan shah alam, nak buat "Rekod Kesihatan Ibu" a.k.a Buku Merah.

    Cut story short, cam biasalah, klinik swasta kan, sangatlah cepat, dok xsampai 10minit, dah dipanggil masuk bilik Doktor (lepas timbang berat dan ambil tekanan darah). Masuk bilik doktor jer... terus doktor suruh baring di katil untuk scan perut.

    Seronoknya hati bila doktor cakap semuanya sihat. Yang paling menggembirakan dan sungguh rasa teruja, bila mendengar denyutan jantung baby, yang kuat dan cepat... doktor kata itu normal, memang heartbeat dia sangat frequent.. tak tanya pula kiraannye.

    Patutnya, berdasarkan scan lepas, arituh usia kandungan baru 8week tapi scan terbaru nie, doktor anggarkan usia kandungan 9week + 4days. Estimate due date plak pada 19-Aug-2011.. bulan puasa okay.. heheks..

    Masa tengok baby, memang baby sangat aktif bergerak.. kelakar pun ader sebab dia macam asyik melompat2 jek.. (cam mengangkat2 punggung dia).. cute betul..

    so kat sini kite letak gambar scan tu... tapi xberapa jelas... :)



    www.tips-fb.com Kemalasan, coffee, tea and Milo

    Monday, January 17, 2011
    Pelik sket aku letak tajuk hari nie kan. Aku cuba mentaksirkan ape yg aku rasa di pagi Isnin yang amat memalaskan aku. serious, banyaknya la keje nak kena start buat, kalo tak nanti miss deadline, tapi kepala otak nie asyik.. malas.. penat..malas dan penat.. buntu..buntu.. aku memang adalah kurang produktif sedikit sekarang...
    Sabtu lepas, konon nak mencergaskan diri, ajak Mr Hubby berjalan2 kat Park, ambil angin petang, baru beberapa ratus meter jalan, dah penat sangat, kaki pula dah cramp.. alahai... then ahad, dengan penuh semnagat nak mengemas rumah bersama Mr Hubby, baru abis manyapu satu rumah, aku dah give up, kenapa? dah rasa tak larat giler... mula marahkan diri sendiri yang terasa agak manja kebelakangan ini... abisnya, Mr Hubby meneruskan misi mengemas rumah hingga ke akhirnya, aku hanya mampu melayan rasa penat, tak larat dan mengantuk ku ini...





    Coffee.. inilah minuman yang tak patut aku ambil ketika ni, sebab pengambilan coffee akan meningkatkan heartbeat baby... not good!! Skang kandungan dah masuk 2 bulan, rasanya, patut dah boleh nampak heartbeat baby kalo g scan... risau memang risau, tapi aku kengkadang mengaku kalah jugak... kenapa? sebab kalo tak ambil coffee, camne nak buat keje kalo mata asyik mengantuk jek, pusing kepalaku ini. Dan yang paling tak best, di saat aku memerlukan minuman panas, vending machine kat kilang nie asyik kehabisan Milo dan Hot Chocolate jek, yg tinggal hanya coffee dan tea.



    Tea pula, memang sedap dan refreshing, tapi tea memang terkenal penyebab punca angin satu badan. Dan sekarang badan memang banyak angin. Asyik sendawa jek.. malu betul.. sendawa kuat2 plak tu.. kalo tak lepas, kang rasa loya pula... kenapa angin terhasil time preggy? aku ader baca hasil carian Mr Google, dia cakap usus menolak makanan slow2 supaya nutrition dari makanan dapat dibekalkan secara maksima, akubatnye.. angin terhasil... so memang anginlah satu badan... hahahakss..




    Choice minuman lain yang mampu aku minum dan asyik2 minum kebelakangan ini adalah Milo. Milo paling sesuai untuk aku time2 macam nie, tapi tak mampu hilangkan mengantuk. Asyik2 minum milo, boring juga (pelik kan, tetiap hari minum coffee xder merungut boring.. hhehehekss...)


    So kesimpulannya, " Minum MILO anda sehat dan KUAT" :)
    p/s: enjoy the cartoons. source from baby-gaga.com. Picture is taken from the help of Mr Google :)




    www.tips-fb.com Cinta Seorang Lelaki

    Friday, January 14, 2011
    Hari ni tetiba terasa sedikit jiwang, so aku nak bercerita pasal cinta. Bukan cinta sebarangan lelaki ye.. no..no..no.. ini cinta lelaki yang bergelar suamiku.

    Tadi buat kerja kat office pun boleh teringat kat Mr Hubby. Bukan ape... terasa cam bertuah sangat dapat suami macam Mr Hubby. Tambah-tambahan bila mengenangkan betapa penyabarnye Mr Hubby melayanku.

    Mr Hubby tak banyak karenah. Jarang komplen. Salu apa yang dimasak, itulah yang dimakannya. Macam sekarang, aku selalu penat nak masak, apalagi tak tahan dengan bau masakan, so kerap makan luar, tapi Mr Hubby ikut je.. tak pernah mengomel. Kadang2 Mr Hubby yang masak.. sweetkan?? :p

    Mr Hubby byk sangat membantu dalam kerja rumah, sesetengah lelaki, jangan haraplah nak tolong basuh baju, letakkan baju kotor sendiri dalam bakul atau mesin basuh pun susah, tapi Mr Hubby selalu tolong ambil semua baju2 kotor, masukkan dalam mesin basuh, jemur dan angkat pakaian... aku bukannya queen control, aku tak pernah suruhpun Mr Hubby buat itu ini, tapi Mr Hubby selalu secara sukarela membantu... alhamdulillah dapat suami jenis ringan tulang :)

    Walaupun Mr Hubby selalu nampak gentle jer, tapi sebenarnya Mr Hubby seorang yang tegas, kalo aku ada buat salah, sure Mr Hubby tegur. Kalo ada benda tak betul pun, macam hari tuh masalah dengan keretaku dan bengkel, Mr Hubby yang banyak tolong settlekan... nak harapkan aku, manalah reti nak argue2 ngn mekanik nie...

    Biarpun hidup kami sederhana sahaja dan kadang-kala ada jek masalah datang, tapi aku bersyukur memiliki cinta yang tulus ikhlas dari seorang lelaki ini. Dengan cinta yang aku dapat ni, aku rasa semuanya berbaloi.

    Mr Hubby.. saje je entry nie saye buat tribute kat awak yang sentiasa menyintai saye.. dengan pesanan.. "I love you too darling.. forever and ever" ;) <3

    www.tips-fb.com Super Senses

    Thursday, January 13, 2011
    Yes.. I am not talking about Clark Kent from Smallville, I am talking bout me.. hehe.. one of the magical things that I had to endure now is having a supersenses.. yes.. I can smell the coffee, people's breath, body odour, cooking, almost everything around me...



    Poor2 Mr Hubby has to bear me complaining about his SMELL.. hehe... and I have to face other direction when people talk to me, don't mean to be rude.. but cannot stand the smell...



    It's not only bad smell that bother me, good smell like people perfume when they walk past me also I cannot "tahan". I am still trying to adjust to my new found ability... maybe after this, I could go by the nickname of " SuperNose Lady" .. fighting the odour around you (will not be available to any cinema near you :p)








    Disclaimer: That is certainly NOT my NOSE. Picture courtesy from mr GOOGLE :)

    www.tips-fb.com Jalan2 Malacca

    Monday, January 10, 2011
    Dah lama tak letak pic kan? hehe.. asyik bertangguh je nak uploadkan gambar dr kamera ke PC, akhirnya arini.. berjaya juga (arinie amek 1/2day EL sebab badan raser xsihat.. hehe)


    Ni gambar hari sabtu lepas, kitorang g lepak kat Empire, saje jalan2 cari pasal, tak tao nak makan aper.. akhirnyer baby decide cakap nak makan HotnRoll... hehe mommy terpakse la ikut kehendak baby.. pilihan baby.. dia nak makan crispy double cheese onion.. yummy.. sedapnyerr...
    Tengok tu, daddy sampai hati curik makanan kiter.. nak kena daddy nie.. :p

    Ni gambar masa pergi Melaka haritu.. masa cuti New Year 2011. Kami singgah pantai nie jap jek sebab my sis nak cari petai (for me..hahaa) dan udang.. xder petai pun.. huhu..
    Mr Hubby and my niece and nephew.. budak comel Shamsuri dan kakaknya yg notty... Zawani
    Makan time kat FoodCourt Mydin Melaka, sup utara dia not bad... yummy =p~
    Penutup tirai photo kalinie... hehe.. so yang mana satu.. pilihan hati?? hensem x ;)...

    www.tips-fb.com Komitmen

    Friday, January 07, 2011
    Anda tahu apa itu komitmen? Ye, komitmen atau pun "commitment" adalah bila anda menyetujui untuk melakukan sesuatu perkara.. kira take responsible lah.. ni ikut definisi akulah...

    Macam bile bos tanya, Bile system boleh siap? dan anda jawab: Esok siap bos. Haa..secara tak langsung anda telah memberi komitmen pada bos yang esok system mesti dah siap. kalo gagal, maka anda bukanlah seorang yang komited sebab gagal laksanakan komitmen anda.. heheekss...

    Anda suka jadi orang yang komited, kenalah sering offer diri utk sesuatu komitmen. Bos tanya, siapa boleh buat design document, anda angkat tangan (mcm budak sekolah pulak), saya bos, esok saya hantar (cewahhh.. biar betul esok dah boleh hantar..hehe)

    Nak tak nak kadang kala secara tak sedar kita harus komited terhadap komitmen yang diberi tanpa diminta. Kenapa aku merepek pasal benda nie.. aku pun tatao... mungkin sebab baru tadi aku telah secara tidak sengaja mengoffer diri untuk satu komitmen yang harus disiapkan pada pagi Isnin.. so komited kah aku? hahahaaaa... harap2 mampu diluangkan sedikit masa time weeken nak buat tu.. ;)

    www.tips-fb.com 7 week and counting...

    Wednesday, January 05, 2011
    The joy of having total indulgence of food has long time left me. All the food look like those kind that you wouldn't touch, unless you are very hungry. I been pushing and forcing food down my throat for these few days, knowing that the food did not taste the same way I use to like. Each time after eating also, the food left a nauseating feeling in my throat.

    The good thing is I don't start vomitting yet. Atleast I can still eat, if not it would be more horrible as it would add up to my tiredness and cause me to be more lazy and heavy-headed all day long. I try my best not to be too disturbed by this changes, hopefully the baby inside of me would grow strong and healthy, and make all of this a worthful experience.

    I wanted to feel the joy of being pregnant, but I am feeling depress and stressful and miserable. Make me hard to concentrate on my work. Then there's the horibble chill. I feel cold all the time, but when I wear the sweater, I feel so hot and uncomfortable, but if I take it off, I would feel so cold.. hahakss.. that's why I don't know if to complaint whether it is too cold or it just too hot.

    I know its too early to even have a baby bump, but my stomach look like that I am already 5-month pregnant and I am gaining weight fast.. yes, blame it on the imbalance hormones. Last time the doctor has perscribe me with Duphaston, but I have stop taking it. It actually a hormone therapy treatment, it add progestrone to the body to prevent miscarriage, but I read from the side effect that it can disturb the baby development, so I don't think I need it. I just pray to Allah that He will protect my baby, make my baby strong and healthy. I just continue taking asid folic everyday.

    Luckily, mr hubby has been very understanding. sorry dear that i am tired all the time. He has been very helpful around the house. Do most of the chores while I just lepakking layan my miserable mood.. aisey.. bukan disengajakan.. but maybe baby want daddy to help mommy at this time :)

    Hopefully, my appetite will come back soon and I would feel so much better...

    www.tips-fb.com 2011

    Monday, January 03, 2011
    Pejam celik, pejam celik.. dah melangkau setahun lagik.. Cepatnyerr masa berlalu, umur meningkat, brsama arus pembangunan yg pesat (eceh.. )

    First day masuk keja arinie selepas 4 hari cuti (30/12 dan 31/12 cuti pasal Plant Shutdown untuk maintenance), badan biasalah lemau semacam... hahaha.. keje malas.. duit mau.. apa macam nie.. xboleh macam nie, kena rajen2 keje kan...

    Bolehkah 1st day masuk keje dok menghitung berapa hari plak nak cuti utk chinese new year plak.. apa la nak jadek ngan aku.. hehe.. cam biasalah topik awal tahun.. APAKAH AZAM ANDA?

    Azam aku tahun nie, selain menjaga kandungan ku dengan baik dan melahirkan bayi yang sihat dan sempurna, aku nak start MENABUNG... ye kawan2, saya perlu mula menabung (org lain dah start time kanak2 lagi, aku bar u terhegeh2 nak mula.. alahai..).. anyway, better late dan never.. memikirkan nanti kami bakal menambahkan ahli keluarga, so menabung adalah a must okay.. no excuse...


    Selain itu aku berazam untuk KERJA dengan BERSUNGGUH-SUNGGUH.. jangan malas dan buat benda last minit je yer.. kena rajin bekerja.. biar berkat sket duit gaji yang dapat tu.. kalo buat keje cincai2, agak2 gaji yang dapat tu berkat tak? takut jugak biler memikirkannyer.. so aku haruslah lebih berdedikasi lepas ini...

    Azam lain... xyah cerita lah kot... hehe.. biar aku saja yang tahu.. tapi dua point kat atas tu, harap2lah akan tercapai, Insya-Allah, mana ada kemahuan, pasti ditunjukkan jalan... nak ikut ke tak je masalahnyer :p

    So Welcome 2011, Good Bye 2010.